~ lately i dont know why saya suke sangat bunga ros.. saya rasa bunga ros ni sangat cantek, unik., and nyaman sesangat.. so.. bila dah suke tu opkos la saya earch sal benda ni kan.. so,, hari ni.. saya nk kongsi dengan anda-anda semua pasal bunga ros.. ~
BUNGA mawar atau ros daripada keluarga Rosaceae bukan saja dijadikan
pokok hiasan laman, malah bunga itu meraih permintaan tinggi di pasaran
global kerana digemari pelbagai bangsa di dunia.
Ros
daripada spesies induk diklasifikasikan sebagai baka liar yang tumbuh
menerusi habitat asal membabitkan lebih kurang 150 jenis. Lazimnya,
spesies ini berbunga sederhana dan tunggal (hanya sekuntum bagi setiap
dahan). Ia sesuai digunakan sebagai tanaman koleksi, pagar atau
dijadikan pokok hiasan latar belakang.
Ros kono pula dikenali sebagai `garden roses’ membabitkan semua jenis
yang ditemui, diidentifikasi dan diperkenalkan sebelum munculnya
spesies hybrid tea pada 1867.
Ros moden pula adalah spesies yang ditemui selepas 1867
yang dikategorikan sebagai hybrid tea, polyantha, floribunda,
mirrianture rose dan bush rose (mawar belukar). Dipercayai terdapat 250
spesies genus Rosa sp di seluruh dunia.
Ros daripada spesies Floribunda lazimnya memiliki beberapa kuntum
bunga pada satu tangkai. Warnanya kurang menarik dan tidak mampu
bertahan dalam tempoh lama.
Serlahan ranggi warna oren dikenali sebagai Mercedes dan Gabriella,
manakala Queen Silvia dan Selvanila dalam serlahan merah dan Laminuette
dengan serlahan campuran.
Pokok Hybrid tea yang khusus untuk keratan bunga menyerlahkan susunan
ranggi yang terang seperti Samantha, Visia, Christian Dior, Mister
Lincon dan First Red dalam serlahan merah yang menarik.
Lady Rose, Peace, Helmet Schmidt dan Dukat berwarna oren; Alsmear
Gold, Texas, Golden Times, Amber Queen, Etna dan Esmeralda dengan warna
kuning; Sinia, Hara dan Noblesse dengan serlahan warna merah jambu;
Tineke berwarna putih dan jingga bagi mawar yang bernama Maddelon.
:: rasa nya itu je kowt.. semoga ilmu yang dikongsi ni dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan anda- anda semua..:) ::