Jumaat, 15 Jun 2012

:: ku menangis kehilangan mu ::

Setelah sekian lama
Memendam cinta di hati
Berkasih indah ku rasa
Merindu orang yang di sayang
Tak sangka hatiku di luka
Sewaktu kasihku berbunga
Engkau pergi tanpa kata
Keranamu ku terseksa
Verse
Oh pilu di hati
Menyiksa batin tersiksa
Terkenang apalah nasibku
Tak pernah rasa bahagia
Chorus
Mengemis kasih orang
Tak sedar siapakah diri
Yang menumpang di sudut hati
Tak tahu orang dah tak sayang
Walaupun tak ku rela
Kehilanganmu sayang
Bersama air mata
Ku lepaskan kau pergi
Ulang Daripada Verse
Andainya dapat kau rasa
Kepiluan di hati ini
Bagaikan terbakar api
Semarak pedih terasa
Bila kekasih menghilang
Perginya tiada berpesan
Ku menangis keranamu
Ku menangis keranamu

Khamis, 14 Jun 2012

# kala rindu Awk #

# awk... saya tak tahu macam mana nk hilangkan rindu terhadap awk,, jadi saya buat gambar ni.. walaupown tak cantik tapi saya tahu.. gambar ni memberi seribu satu makna untuk kita. Gambar ni merupakan kenangan-kenangan kita yang tak mungkin saya lupa untuk selama-lamanya.. Saya SAYANG dan CINTA kan awk.... #

:: pUiSi bUaT aWk Z.N ::

Semilir angin kian lembab
Lahirkan titik titik embun diujung dedaun
Jangkrik bersiul merdu
Sayup suara Ku Ku si burung hantu
Suasana malam yang kian pekat nan senyap
Temaniku dalam pilu

Aku tergugu
Gejolak rindu seolah membeku
Rembulan yang tinggal separuh
Mengintip dari celah jendela kamarku
Dia pun terlihat agak sendu
Meski tetap tersenyum merayu
Seolah dia tahu gundahku
Oh rembulan
Tahukah engkau diujung langit mana dia terbang
Tak satupun nampak jejak juga bayang
Masihkah rindu ini harus ku genggam
Hingga sampai saat itu menjelang

Aku mencintainya sepenuh hati
Amat merinduinya meski telah pergi

Ku hanya ingin bertatap
Walau hanya sekejap
Namun itu takkan mungkin terjadi
Tidakkah seharusnya rasa ini telah mati
Dan sirna dari hati ini
Namun dia tetap bertahta di palung sanubari

Rabu, 13 Jun 2012

~ nYaNyIaN rInDu BuAt Si DiA ! Z.N ~

Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Di kala ku kesepian

Tiada yang lain yang kumahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang kupuja
Hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana

Aku cinta kepadamu sepenuh hati
Janganlah kau ragu kasih
Ragu padaku
Sejujur niatku niat bersama
Selama-lamanya
Janganlah kau pergi kasih
Pergi dariku

Kunyanyikan lagu rindu
Buatmu kekasih
Ku baca puisi syahdu
Puisi kita...
Ku ingin kau di sampingku
Untuk sama-sama
Melayarkan bahtera cinta yang terbina
Oh! Kekasih... dengarkanlah
Bila aku tersiksa kaulah penawarnya
Bila kau terluka akulah penyembuhnya
Kita sama-sama sudah jatuh hati jatuh cinta...

Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Dikala ku kesepian

Tiada yang lain yang kumahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang kupuja
Hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana...

Selasa, 12 Jun 2012

mAaFkAn sAyA sEbAb bUaT cAtAtAn Ni ~



Morning,, hy.. pagi ni hati aku sedikit tersentuh.. dari semalam lagi sebenarnya.. aku tak tahu nk luahkan kat sape.. aku tak tahu nk ceritakn dekat sape.. aku tak bole nk tanggung benda ni,, thats y aku pilih blog ni nk luah apa yang ada dalam hati aku ini,, Ya Allah,, apa lagi dugaan untuk aku dalam bercinta ni.. apa yang mmber aku bgtaw semalam betul2 terasa jauh dari dalam sudut hati aku.. si dia dengan orang laen,,? baju same? jalan berdua? kenapa aku tak boleh nk terima hakikat ni.... yaaaa.. sbb aku sayang diaa.. aku cinta dia. dalam hati aku ada nama dia,, aku tak taw cam na nk terima hakikat ni,, hakikat yg si dia dah bahagia dgn orang laen. Aku sedar kekurangan aku, aku tahu dia malu nk keluar dengan aku. :'(.. betul kata orang.. rupa adalah segala-galanya dalam percintaan. aku tahu dia malu nk keluar dengan aku. bila dia ada sekali dengan aku pastu terserempak ngn mmber2 dia, mesti dia nk menyorok,, aku tahu,, dia segan,, dia takot orang cakap yang dia kawan dengan aku. biar orang hina aku, biar orang caci aku. yang penting aku tak nak orang hina dia, aku tak sanggup nk tengok hati dia terluka. aku tak sanggup nk tengok hati dia kecewa. biar aku yang tanggung semua tu. sbb aku SAYANG dia,,, aku CINTA dia.. awak,, salah ke saya? salah ke saya terus mencintai awk.. saya dah cuba untuk buang awk dalam idop saya,, tapi saya tak boleh. kalau la awak tahu apa yang ada dalam hati saya ni. saya minta maaf,, sebab saya tak mampu nak jadi yang terbaek untuk awk..saya dah cuba, dah cuba jadi yang terbaek, tapi mungkin ada salah silap saya. awak.. andai awak betul2 dah jumpa orang yg dah boleh bahagiakan awk.. saya doakan awk bahagia k,, jangan sakiti hati dia.. jangan lukai hati dia.. biar saya je yg rasa macam mana terluka dan disakiti.. awk bahagiakan dia, bagi dia kasih sayang secukupnya.. jangan abaikan dia.. selalu amek berat pasal dia, sebab seorang perempuan suke apabila orang yang dia sayang amek berat pasal diri dia..pasal saya awk jangan risau yer. saya tahu macam mana nk jaga diri saya.. mungkin saya dah tak mampu nk tengok awk lagi lepas ni. sebab saya takut hati saya kembali terusik. saya tak nak jadi perampas.. awk,, walau apa pon yang terjadi, sayang saya terhadap awk tak kan pernah berubah. oppss lupa nk bgtaw awk.. awk jangan salah faham. kalau awk nmpk saya mention nama SASUKE DRAMATIK dlm facebook . dia kawan saya. dia macam abg saya. hati saya cuma untuk awk. tak kan ada lagi orang laen dalam hati sya. sbb itu janji saya.. ok la wak,, awk jaga diri bebaik taw,, kim salam dekat ' si dia' yg pergi simgarden dgn awk. :'( awk.. lastly IZINKAN SELAMANYA NAMA AWK DALAM HATI SAYA.. alwayz mis n love u..
aSsaLamMuaLaikum.... malam ni share ngn korang yg something.. xpe xde lah best mane pown.. tapi xtaw napa rasa melonjak2 nk wat poster ni,, hehe. walau apa pown terjadi aku tetap sayang ZAIDI NAWI...

Sabtu, 9 Jun 2012

~ sEiNdAh sAkUrA ~

[Mafa]
Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia
[Ronnie]
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

[Mafa]
Masihkah hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

[Ronnie]
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

[Mafa]
Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

[Ronnie]
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Ohhh
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

[Mafa]
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

~ islam tetap di hati ~

Ku menung seorang diri
Bertemankan secangkir kopi
Kotaraya di dinihari
Bingitnya meneman diri

Depan belakang kanan dan kiri
Anak muda riang ria sekali
Bagaikan tiada gundah menanti
Berembun jantan tiadalah di peduli

Pria dan wanita bertepuk tampar
Tidak ketinggalan pasangan berpacar
Di saat qimulail patut dilaksana
Anak muda bangsaku tetap leka

Anak Melayu zaman ku ini
Hilang pedoman dan jati diri
Belasan tahun hilang arah
Semakin dewasa semakin parah

Ah Seng dan Maniam kata….
Melayu keturunan pemalas…

Munsyi Abdullah kata….
buat sebatang jarum pun Melayu tak lepas…

Mahathir Mohammad kata…
Melayu itu suka subsidi dan meminta-minta

Benarkah kita bangsa yang lemah
Bangsa baru yang perlu di papah
Ketinggalan dalam lipatan sejarah
Walaupun tinggal di bumi bertuah

Kita dimomokkan dengan kemunduran
Setengah milenea dijajah lawan
Selepas merdeka tetap di kelirukan
Tidak kenal musuh ataupun lawan

Guru sejarah ku ada berkata
Portugis, Belanda, British berlumba-lumba
Mahu menjarah secara pukal
Melemahkan Islam secara total….
Walaupun begitu kata guru ku….
Aku tetap pelik dan keliru
Tampak janggal di mataku jua…..
500 tahun dijajah katanya….
Tidak pula kita seperti Filipina
Sepanyol kecil di timur benua

Cuba semak kisah sedih Red Indian Amerika
Cuba rujuk sejarah duka Maori Australia
Ketamadunan Aztec yang gilang gemilang di suatu ketika

Mereka dihalau membabi buta
Di negeri sendiri menjadi hamba
Beratus tahun juga di jajah
Tidak mampu bangkit megah

Bangsa Melayu ini di katakan lemah
Mampu bersaing sama tinggi sama rendah
500 tahun katanya di jajah
Sirna Melayu Islam tetap gah

Bani Jawi terus bertapak kuat
Sultan dan Raja tetap berdaulat
Agama islam tetap dijulang
Bahasa Melayu tetap terbilang

Jika benar Melayu lemah..
500 tahun sudah terjajah..
Jadilah Melayu seperti Maori
Jadilah Melayu seperti Aztec
Jadilah Melayu seperti Apachee
Jadilah Melayu hamba di bumi sendiri

Belajar dari sejarah….
Mengapa kita tetap gah…
Sudah pasti kita bukan lemah…
Penjajah kuffar sentiasa lelah…

Sedarlah anak bangsaku….
Kita semua rumpun yang hebat….
Walau di pisah laut dan darat…
Tetap bersatu menentang penjahat…

Bukan Melaka menjadi pengukur..
Lebih dari itu kita masyhur..
Di saat eropah masih mundur…
Bumi Melayu tersangat lah makmur

Nah..nusantara ini kita yang punya..
Di Indochina ada Champa
Di Filipina ada Sulu dan Visaya
Di Benua Siam wujudnya Tambaralingga
Kota Gelanggi di Semenanjung Jawi
Kalah masyhur serata bumi
Melaka hebat pencetus Nur Islami

Sejarah sebenar telah disembunyi…
Mereka sedar akan realiti…
Kemegahan Bani Jawi patut di tutupi…
Agar hilang jati di dalam diri…

Bila disembunyi sejarah bangsa…
Anak muda hilang punca..
Tertanya-tanya di mana asal diri…
Akhirnya hanyut dengan illusi…

Orang Cina bangga dengan Tembok Besar dan Terracotta
Orang India bangga dengan Purana dan Ramayana…
Membuat mereka kenal jati diri….
Asal usul mereka ada tamadun tinggi…

Ada apa dengan Melayu?

Aku tidak tahu…
Engkau tidak tahu…
Kerana tidak diberitahu….

Melayu itu bangsa istimewa…
Tidak jemu mencari cinta…
Berabad lamanya mencari sirna..
Hidup beragama menjadi fitrah..
Mulanya Hindu kemudiannya Buddha…
Jalan kebenaran tetap di cari…
Akhirnya bertemu utusan yang dinanti…
Berbondong-bondong Islam di anuti…
Al-Quran Dijunjung…
Rasullulah Di agung…
Cinta hakiki yang dicari…
Akhirnya sudah diketemui….

Berkat doa seorang wali..
Sinonimlah Islam dan Bani Jawi..
Tebal Islamnya, tebal Melayu nya…
Tidak dapat di pisah jua…
Bagai aur denga tebing..
Bagai irama dan lagu…

Ada apa dengan Melayu?

Kau tahu jawapannya
Aku tahu jawapannya
Kerana Islam memuliakan suatu bangsa…

Jumaat, 8 Jun 2012

9 Sebab hati tak tenang



SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia dihati ialah :

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.Bila rasa hendak marah segeralah mengambil wuduk..

2. Pendendam – Merasa dendam itu boleh memuaskan diri sedangkan memaafkan itu lebih baik..

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya jangan biarkan ibadah kita menjadi sia2 dengan adanya sifat hasad dengki dlm diri kita. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

 5. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..Allah menjanjikan setiap kesulitan itu ada kemudahan:)

6. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

7. Riak - melakukan sesuatu itu bukan ikhlas kerana Allah tetapi kerana ingin dipuji.setiap perbuatan itu akan dipertanggungjawabkan kelak..

8. Cinta dunia - Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, tetapi ialah MAZMUMMAH.

 ~Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada.

ketika teringatkan dirimu


haaaaaaaaaaa... taaa daaa.. ni la keja aku tyme bosan + rindu kat dia.. bukan nye ade pape sangat pon.. tapi saje je nk gedik2 buat benda ni.. okay, lets me explain,, ape benda lah yang ada kat gambar ni kan.. tertanya-tanya tak.. haa.. ini sebenarnya rantai aku plus dengan cincin si dia.. aku decorate jadi bentuk LOVE.. nak tahu tak kenapa.. sebab kami kan saling menyanyangi. dalam hati aku nama dia,, dalam hati dia ada nama aku,, hekhekhek,,,:) ini dinamakan kombinasi,, aku panggil gambar ni cincinmu di rantai aku,, SWEET tak?? hahahha ngade,,, ok la,, nk citer tu je,, byeee,,:D

Khamis, 7 Jun 2012

cInTa Hati SaYa

Saya mula mengenalinya melalui dalam facebook walaupon dia satu universiti dengan saya. Entah kenapa hati saya begitu melonjak-lonjak untuk mengenali dia dengan lebih rapat. Hari demi Hari saya berkawan dengan dia. saya senang untuk berkawan dengan dia. tiada lansung persengketaan antara kami. Dia memahami saya dan saya memahami dia. Kami melengkapi antara satu sama lain. Tanggal 28 Februari 2012, tertautlah cinta di antara dua hati iaitu antara saya dan dia. Saat itu saya rasakan oh indahnya dunia. Saya bagaikan berada di awang-awangan. seminggu lepas itu, kami keluar bersama.. bershopping. Selepas balik dari keluar itu, si dia berubah. Entah di mana silapnya. dia seakan-akan menjauhkan diri dari saya. Puas saya berfikir. Adakah saya telah melukakan hati dia. Tetapi apabila saya bertanya dengan dia, dia menafikan nya. saya buntu. Saya cuba untuk terus jadi yang terbaek untk dirinya. Alhamdulillah, su dia mula rapat kembali dengan saya. Ketika itu saya lah orang yang paling happy sekali. Saya boleh buat si dia tersenyum kembali. gembira yang amat sangat. lepas sebulan pada tu, si dia kembali menyepi. Saat itu saya faham, apabila dia marahkan akan sesautu, si dia akan cuba menjauhkan diri dari saya, puas saya bertanya adakah saya ada buat salah. namun hampa. Si dia sekali lagi menafikan. Entah semakin lama saya rasa cinta kami semakin pudar, pudar dan pudar. saya cuba untuk mengembalikan kewangian dan kesuburan cinta kami seperti dahulu. dalam sedang saya cuba untuk mengembalikan cinta kami, pelbagai dugaan yang datang. Penat saya memikirnya. Si dia seolah-olah ragu dengan cinta saya. Kalau dia dah jumpa orang yang lebih better dari saya , saya tak kisah. saya tahu saya banyak kekurangan dan kelemahan, tetapi tidak sesaat pon saya lupa untuk terus menyintai dia. Mungkin dia malu untuk bekawan dengan saya. Dan sekarang perasaan cinta antara kami dah bertukar menjadi seorang kawan. Si dia yang memutuskan untuk kami hanya berkawan. saya merelakan nya dengan mulut walaupon sebenarnya hati saya tak begitu merelakan. Sekali saya dah bukakan pintu hati saya untuk dia,, selamanya saya akan sayang dia. Ya saya tahu, mungkin saya akan bertepuk sebelah tangan. tapi saya pasti dengan jodoh. Kalau betul jodoh saya dengan dia insyaAllah dia akan tetap menjadi milik saya. Apa pown wajah si dia akan tetap berada dalam hati dan fikiran saya..
wajah ini saya takkan lupakan sampai bila-bila :
Setiap malam ku terbayang wajahmu,, Aku takkan pergi dari hidupmu. tetapi aku akan tunggu kau yang datang dalam hidupku,, itu janji aku,, aku sayang ZAIDI NAWI.

Isnin, 28 Mei 2012

tentang diri saya..

assalammualaikum. firstly,, i'm new here..:). so this is my first catatan lah kan,, hem. xtaw nk tulis ape.,, mungkin aku akan cerita serba sedikit pasal diri ku.. aku ni anak pulau pinang.. aku dilahirkan di pulau pinang tanggal 28 oktober 1991.. so now 21 lah kn,, muda ag.. :). aku mula bersekolah pada tahun 1997 dekat sekolah kebangsaan sungai acheh.. dekat jer ngn umah.. the masuk 2004 aku masuk sekolah menengah kebangsaan agama nibong tebal.. pown dekat ngn umah aku.. then, abes spm. aku dapat tawaran stdy dekat kolej matrikulasi perlis.. n now.. aku stdy kat universiti malaysia kelantan... jauh sgt dari umah.. tp demi mencapai impian kan..:) itu je sal aku.. then aku nk citer sal family aku plak.. aku ada seirang emak, seorang ayah,, seorang abf dan 2 orang adek, aku anak nom 2,,:) tapi manja,, kehkehkehkeh,,, apa yg boleh aku ckp kat sini, aku sayang family aku sgt2..:) ape lagi ehh nk citer,, xde idea plak, hehe.. xpe next post taku cite lagi ek,, mmber aku dah hentak2 kaki dah ajak pegi mkan ni,,:)